twitter instagram
Powered by Blogger.

Rahmah's Life


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama sebenarnya tak menulis. Ini pun mencari kembali semangat untuk menulis dan bercerita. For those yang pernah baca blog aku yang lama, mungkin tahu macam mana penceritaan aku sebelumnya. Jadi kali ini, aku cuba gaya penceritaan yang berbeza. Aku cuba ya!

P E R T U N A N G A N – kata orang, ikat tali pertunangan ni bermaksud kita ikat tali untuk mengenali seseorang terlebih dahulu sebekum meneruskan langkah ke alam perkahwinan. Ada yang berjaya, ada yang putus ditengah jalan. Tapi asbab putus itu sendiri berbeza bagi setiap bekas pasangan tunang.
Tahu tak, ikatan pertunangan ni juga sebenarnya bagus untuk kita lebih mengenali hati pasangan. Actually tidaklah sampai tahap seperti orang yang dah berkahwin. Hahaha.. tapi cukup untuk kita tahu dengan siapa kita bakal berkahwin, bagaimana personality bakal pasangan kita kelak. Ada yang amek enteng pasal benda ni. Ada yang amek serious. Ada yang nak ikut adat. Dan ada juga yang nak ikut syari’e.

Sebenarnya dan sesungguhnya asbab aku masuk bab pertunangan ni adalah – aku telah bertunang. Aku tak pernah sangka, apatah lagi merancang untuk bertunang mahupun berkahwin pada umur 21tahun. MESKI pun sebenarnya aku dah bertunang waktu umur aku 20tahun. Aku tak pernah merancang. Those yang tahu aku dan siapa diri aku mesti terkejut sebab sepanjang hidup aku, aku tak merancang untuk berkahwin pada usia muda. Tapi ‘kun fa ya kun’ , itu kehendak dari Allah SWT, maka bertunanglah aku semasa hujung usia 20tahun dan bakal mendirikan rumah tangga pada hujung usia 21tahun. Who’s expect?

16 Disember 2018 adalah tarikh ikatan pertunangan aku dengan si dia. Maka dengan ini, cukup lah 324hari pertunangan aku. Hampir setahun dah!

Kata orang – Dugaan bertunang ni hebat! Dalam bertunang ni la, pasangan mula tunjuk perangai masing-masing. Allah SWT mula tunjuk andai benar dia adalah jodoh kita.

Bagi aku, aku pun tak terlepas dari dugaan tu. Tapi aku syukur si dia sangat sabar layan karenah dan perangai aku, meski pun kekadang ego dia tinggi melangit sampaikan aku rasa letih melayan ego dia. Tapi tetap aku syukur aku ada dia. Aku selalu doa untuk dia faham aku dan aku faham dia. Dah 10bulan ni, aku sedar banyak benda.
  • ·         Masing-masing cepat panas
  • ·         Masing-masing susah mengalah
  • ·         Masing-masing nak menangkan ego
  • ·         Masing-masing taktahu nak express feeling dalam bentuk perkataan

Tapi, bezanya dia dengan aku, dia lebih banyak sabar dari aku. Dia lebih rasional dari aku. Dia lebih mudah sejuk dari aku. Dan dia lebih ‘hidup’ dari aku.

Aku? Aku mudah hilang sabar. Aku mudah naik hantu. Aku mudah mengamuk. Aku tak rasional dalam banyak benda. Aku tak matang dalam banyak benda. Aku lebih ‘mati’ dari dia.

Mungkin itu kelebihan aku jumpa si dia yang lahir lebih awal dari aku. Dia lebih kenal dunia dari aku. Mungkin dia lebih kenal aku dari aku kenal diri aku. Hahahahhahahaha…. Yang penting, aku tengok kesihatan mental dia lagi hidup dari kesihatan mental aku yang dah teruk sejak sekolah menengah.

Itu laah orang kata – bersiap untuk Segala jenis kemungkinan. Expect the unexpected. Dan setiap pasangan lebih kepada melengkapi.
Tapi yang penting, aku syukur abah terus bagi restu waktu first jumpa. Hehehe..



Restu ibu bapa penting. Tapi merestui diri sendiri untuk semuanya itu juga penting.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yes, ni adalah blog aku yang kedua. Blog lama aku dah delete atas sebab-sebab tertentu. So, I created this new blog to make it as small diary of mine. Tapi dengan entry-entry yang mendewasakan sebab aku pun dah dewasa kan?

For those yang tanya, ‘masih relevan lagi ka blog untuk zaman sekarang ni?’ Jawapan aku: Ya! Masih relevan. Tapi bergantung kepada input yang disampaikan dalam blog tersebut. Bagi aku, blog ni terbuka untuk semua meluahkan dan berkongsi pengalaman.

Jadi, aku persembahkan inilah blog aku, inilah nukilan aku, inilah catatan hidup aku sebagai seorang insan bernama Rahmah. Mungkin tak selengkap yang dijangka, tapi akan ku cuba melengkapkan ia.

Cliché teruks! Hahaha!! I’m trying to be more polite here!!!!!!

As you can see, this site is still not good enough. Still in need for some decorations and all.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

About me

About Me

Rahmah Binti Jamet • ’98 • Penang • USM PPPJJ’s Student 19/20 • A wife •


Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

recent posts

Blog Archive

  • April 2020 (2)
  • November 2019 (2)

Created with by ThemeXpose