Pertunangan - Salah Satu Fasa Hidup
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah lama sebenarnya tak menulis. Ini pun mencari kembali
semangat untuk menulis dan bercerita. For those yang pernah baca blog aku yang
lama, mungkin tahu macam mana penceritaan aku sebelumnya. Jadi kali ini, aku
cuba gaya penceritaan yang berbeza. Aku cuba ya!
P E R T U N A N G A N – kata orang, ikat tali pertunangan ni
bermaksud kita ikat tali untuk mengenali seseorang terlebih dahulu sebekum meneruskan
langkah ke alam perkahwinan. Ada yang berjaya, ada yang putus ditengah jalan. Tapi
asbab putus itu sendiri berbeza bagi setiap bekas pasangan tunang.
Tahu tak, ikatan pertunangan ni juga sebenarnya bagus untuk kita
lebih mengenali hati pasangan. Actually tidaklah sampai tahap seperti orang
yang dah berkahwin. Hahaha.. tapi cukup untuk kita tahu dengan siapa kita bakal
berkahwin, bagaimana personality bakal pasangan kita kelak. Ada yang amek
enteng pasal benda ni. Ada yang amek serious. Ada yang nak ikut adat. Dan ada
juga yang nak ikut syari’e.
Sebenarnya dan sesungguhnya asbab aku masuk bab pertunangan
ni adalah – aku telah bertunang. Aku tak pernah sangka, apatah lagi merancang
untuk bertunang mahupun berkahwin pada umur 21tahun. MESKI pun sebenarnya aku
dah bertunang waktu umur aku 20tahun. Aku tak pernah merancang. Those yang tahu
aku dan siapa diri aku mesti terkejut sebab sepanjang hidup aku, aku tak
merancang untuk berkahwin pada usia muda. Tapi ‘kun fa ya kun’ , itu kehendak
dari Allah SWT, maka bertunanglah aku semasa hujung usia 20tahun dan bakal
mendirikan rumah tangga pada hujung usia 21tahun. Who’s expect?
16 Disember 2018 adalah tarikh ikatan pertunangan aku dengan
si dia. Maka dengan ini, cukup lah 324hari pertunangan aku. Hampir setahun dah!
Kata orang – Dugaan bertunang ni hebat! Dalam bertunang ni
la, pasangan mula tunjuk perangai masing-masing. Allah SWT mula tunjuk andai
benar dia adalah jodoh kita.
Bagi aku, aku pun tak terlepas dari dugaan tu. Tapi aku
syukur si dia sangat sabar layan karenah dan perangai aku, meski pun kekadang
ego dia tinggi melangit sampaikan aku rasa letih melayan ego dia. Tapi tetap
aku syukur aku ada dia. Aku selalu doa untuk dia faham aku dan aku faham dia. Dah
10bulan ni, aku sedar banyak benda.
- · Masing-masing cepat panas
- · Masing-masing susah mengalah
- · Masing-masing nak menangkan ego
- · Masing-masing taktahu nak express feeling dalam bentuk perkataan
Tapi, bezanya dia dengan aku, dia lebih banyak sabar dari
aku. Dia lebih rasional dari aku. Dia lebih mudah sejuk dari aku. Dan dia lebih
‘hidup’ dari aku.
Aku? Aku mudah hilang sabar. Aku mudah naik hantu. Aku mudah
mengamuk. Aku tak rasional dalam banyak benda. Aku tak matang dalam banyak
benda. Aku lebih ‘mati’ dari dia.
Mungkin itu kelebihan aku jumpa si dia yang lahir lebih awal
dari aku. Dia lebih kenal dunia dari aku. Mungkin dia lebih kenal aku dari aku
kenal diri aku. Hahahahhahahaha…. Yang penting, aku tengok kesihatan mental dia
lagi hidup dari kesihatan mental aku yang dah teruk sejak sekolah menengah.
Itu laah orang kata – bersiap untuk Segala jenis kemungkinan.
Expect the unexpected. Dan setiap pasangan lebih kepada melengkapi.
Tapi yang penting, aku syukur abah terus bagi restu waktu
first jumpa. Hehehe..
Restu ibu bapa penting. Tapi merestui diri sendiri untuk semuanya itu juga penting.

0 comments