End of The Decade

by - Friday, April 10, 2020


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Susah sebenarnya weh nak mencari idea type dan menulis dalam blog. Mungkin sebab tu kot aku stop blogging 2 tahun yang lalu. Hehe. Please forgive me. And hey! I still alive! Alhamdulillah, aku sihat sampai sekarang.

D E C A D E – decade atau Bahasa Melayunya adalah dekad. Maksudnya 10tahun jarak terhadap sesuatu. Hmm.. what can I say of the past 10years? 10tahun yang lalu iaitu pada 2009 aku masih berumur 11tahun (darjah 5). Apa je la yang aku tahu pasal kehidupan waktu tu? Masih bodoh-bodoh gitu. UPSR pun belum lagi. Tapi 10tahun tu bukanlah jangka masa yang singkat sebenarnya; well semua orang sedar benda tu.

Okay, point aku sekarang adalah bersyukur, belajar dari kesilapan dan jadikan tauladan dari hal yang lepas. Seperti yang semua orang tahu, aku bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Yang juga bermaksud, aku bakal menamatkan zaman bujangku. Sebenarnya, tak pernah walau sekali pun aku terlintas hal perkahwinan. Sejak aku habis SPM, aku rasakan perkahwinan ni ‘nothing unless you are ready for it’ dan aku rasa aku tak ready lagi waktu tu. Dahulunya, aku rasa yang aku tak akan dan taknak kahwin pun. Tapi tu laaaa orang tua-tua kata, benda yang kita taknak itu laa yang kita akan dapat. So lepas ni aku nak kena cakap aku taknak kaya la kan? Baru aku jadi kaya, centu? Hahaha … but who knows after 3 years aku nekad macam tu, tup tup aku dah nak kahwin. SHIT! Aku telah mungkiri janji terhadap diri aku sendiri!

1.       Bersyukur
Benda ni patut kita buat selalu dan setiap masa. Tapi why not setelah satu dekad ni, kita lebihkan bersyukur. Aku nak semua meditate seketika of everything that happened in the past 10years. At least today we are still alive, right? Tuhan masih meredhai kita untuk terus bernyawa diatas muka bumi ini. Banyak benda berubah dan semuanya atas keizinan Tuhan. Aku bersyukur aku masih hidup, aku sihat, aku masih aku sepanjang 10tahun ni. Aku tak nampak aku berubah. Aku bersyukur hidup aku dipermudahkan olehNya. Aku syukur aku cukup makan minum, aku mampu bekerja dan belajar. Aku mampu survive.

2.       Belajar dari kesilapan
To tell you the truth, banyak sangat salah silap kita tahu? Cumanya benda tu antara kita dan Tuhan sahaja. Bertuah kan kita sebab semua tu disimpan kejap oleh Tuhan? Tapi setiap benda yang salah dan setiap tingkah laku yang kita buat yang salah tu, apa kita boleh buat? We learn from it! Learn to make life better us better!

3.       Be a better person

Funny that, even kita dah belajar dari kesilapan, tapi masih ramai yang taknak berubah menjadi yang lebih baik. Kadangkan, kita ni tak sedar yang kita ni ego sebenarnya. Kita ego dengan diri sendiri. Sebab tu kita selalu convince diri sendiri yang kita dah belajar previous mistakes Walaupun yang sebenarnya, tak pun. So ubah! Berubah!


You May Also Like

0 comments